1
Apakah suhu yang sesuai untuk menyimpan susu sekolah?
Susu sekolah merupakan susu UHT yang boleh disimpan pada suhu bilik sekitar 27°C hingga 40°C, selagi susu tidak dibuka. Susu juga harus disimpan di tempat yang kering serta tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung.
2
Berapakah maksimum tingkat susunan karton susu yang dibenarkan di sekolah?
Susunan karton susu dibenarkan sehingga maksimum 8 tingkat sahaja. Bagi susunan melebihi 3 tingkat, karton perlu disusun secara berselang-seli (interlock) bagi memastikan kestabilan dan keselamatan.
3
Bolehkah susu diletakkan terus di atas lantai?
Tidak dibenarkan. Susu perlu diletakkan sekurang-kurangnya 20 cm dari lantai dan 15 cm dari dinding bagi mengelakkan kesan perubahan suhu, pencemaran serta memastikan pengudaraan yang baik.
4
Adakah susu selamat untuk dikongsi (contohnya berkongsi straw)?
Tidak digalakkan. Berkongsi straw atau minum daripada kotak susu yang sama tidak selamat dari segi kesihatan kerana boleh menyebarkan kuman, bakteria dan virus. Setiap murid perlu menggunakan susu dan straw masing-masing.
5
Adakah susu yang telah dibuka boleh disimpan?
Jika susu telah dibuka tetapi tidak dihabiskan, ia mesti disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam tempoh maksimum 3 hari.
6
Apakah tindakan cikgu susu sekiranya murid tidak hadir?
Sekiranya murid tidak hadir, cikgu susu perlu menyimpan susu tersebut dan memberikannya kepada murid pada hari berikutnya kerana ia merupakan hak murid.
7
Apakah tugas dan tanggungjawab cikgu susu?
Cikgu susu bertanggungjawab mengagihkan susu mengikut jadual, menyimpan dokumen penghantaran (SAP, borang ganti), serta mengisi Buku Log PSS bagi setiap penerimaan dan pengagihan susu.
8
Apakah dokumen dan keperluan yang perlu disediakan oleh pembekal?
Dokumen dan keperluan termasuk SAP, Borang Kendiri, Buku Log PSS, Poster PSS, plastik sampah serta bahan pendidikan (doodle). Semua dokumen hendaklah disimpan dalam fail khas oleh Guru Penyelaras.
9
Perlukah rekod stok susu disimpan?
Ya. Rekod stok penting untuk pemantauan jumlah, tarikh luput dan penggunaan susu. Semua rekod perlu dicatatkan dalam Buku Log PSS yang disediakan oleh pihak Farm Fresh.
10
Apakah perkara yang perlu disemak semasa menerima penghantaran susu?
Cikgu perlu menyemak kuantiti, keadaan kotak, tarikh luput serta memastikan SAP ditandatangani dan dicop sebelum pengedar meninggalkan sekolah.
11
Bagaimanakah kaedah penyimpanan dan pemberian susu kepada murid?
Kaedah First In, First Out (FIFO) hendaklah diamalkan bagi memastikan susu yang diterima awal digunakan terlebih dahulu.
12
Bagaimanakah agihan susu perlu dibuat kepada murid?
Agihan dibuat 1 pek bagi setiap murid pada setiap hari persekolahan mengikut jadual dan murid digalakkan minum terus selepas dibuka.
13
Siapakah yang perlu dihubungi jika terdapat ketidakcukupan atau lebihan susu?
Cikgu perlu menghubungi stokis atau Home Dealer (HD) yang dilantik untuk semakan dan pelarasan rekod.
14
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya susu rosak?
Maklumkan segera kepada pembekal, kenal pasti batch code dan tarikh luput, serta asingkan stok terlibat untuk siasatan lanjut.
15
Apakah tindakan cikgu jika terdapat aduan murid selepas minum susu?
Hentikan penggunaan susu berkenaan, simpan contoh pek jika ada, asingkan batch terlibat dan maklumkan segera kepada stokis atau pihak berkaitan.
🔍
Tiada hasil ditemui
Cuba cari dengan kata kunci yang berbeza